Pages

Friday, 8 November 2013

Harga 5 Kupang

Ada maksud disebalik gambar ini
Asalamualaikum..  Selamat pagi
Ketika ini embun masih membasahi daun.. matahari terbit dan bulan sudah hilang dari pandangan..

Harga duit kupang.. haha jangan pening kepala atau sibuk bertanya maksud kupang. Kupang adalah loghat kedah yang bermaksud nilai duit sen. Contohnya sekupang = 10 sen . Haha.. apa yang aku cuba sampaikan hari ini adalah tentang harganya.. tau tak harga 20 sen.. kalau kita ada Rm 9.80 dalam kocek kita. Kita hendak membeli barang berharga Rm 10 pada saat ini barulah kita sedar akan nilainya.. kalau tak takdalah nilai 20 sen tu dimata kita..

Kenapa aku kata gambar diatas ada maksud disebaliknya.. kalau nak tahu.. dengan duit 50 sen lah aku memulakan zaman persekolahan ku. Antara banyak-banyak duit syiling 50 sen lah banyak menyimpan hal-hal sentimen dalam hidup aku.

Sehingga hari ini aku masih suka dengan duit 50 sen..
Pada awal hari persekolahan 50 sen lah menjadi teman ku.. maklumlah aku bukan berasal dari keluarga yang kaya-raya. Jadi mak aku hanya bagi aku 50 sen.. tak tahulah kenapa mak aku bagi aku 50 sen sedangkan abangku dapat seringgit.. tiada keadilan disini. Biasalah.. kemungkinan mak aku takut aku akan hilangkan duit seringgit tu.. kan duit 50 sen berat sikit.. jadi susahlah nak jatuh..

Bawalah duit 50 sen naik van, kelas, sampailah waktu rehat.. selalunya aku ada dua pilihan  samada nak beli ayam atau keropok lekor.. haha rasa-rasa aku pilih apa? semestinya ayam goreng. Jadi jangan buat kesimpulan yang cerita ini permulaan kepada ketagihan aku terhadap ayam. Sebenarnya semua salah makcik kantin tu. Sapa suruh masak ayam goreng pastu jual.. mestilah aku beli sebab ayam sedap..

Selepas itu berlaku perubahan dalam hidupku kerana berkat rezeki yang Allah limpahkan kepada keluarga kami.. 50 sen telah beranak pinak.. dan perubahan dalam duit belanja aku sangat ketara.. perubahan yang paling besar apabila aku dapat membeli 2 ayam goreng... lebih teruk lagi sampai tahap aku boleh beli 3 ayam goreng (takdalah aku tipu je) nampak tak bongkak dan sombongnya aku ketika itu..

Sekarang ada tak lagi yang bawa 50 sen ke sekolah? mesti ada. Banyak lagi orang yang tidak berkemampuan dalam dunia.. tapi aku tahu berkat 50 sen yang mereka bawak boleh mengelakkan dari pembaziran dalam hidup mereka.. dan makin bertambahlah pahala mereka. Sejurus itu.. tidak mustahil mereka akan berjaya dalam hidup mereka.

Sebab tu ayah aku selalu pesan.. jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih kaya dengan kita, tetapi bandingkanlah diri kita dengan orang lebih susah dari kita. Justeru kita akan merasa bersyukur Alhamdullilah.. Kerana Allah yang telah letak kita ditempat yang terbaik.

Okay berakhirlah penulisan kali ini Asalamualaikum... harga 5 kupang



No comments:

Post a Comment