Pages

Tuesday, 12 February 2013

Simpan Dalam Hati

Luruskan niat

Fuyoo.. simpan dalam hati.Menatang apa tu? okey aku nak ceritakan sikit pasal dendam bukan cinta,nafsu,degupan,vena cava,blood capillary,type of blood,arteries dan lain-lain.Dendam satu perasaan marah atau benci terhadap seseorang yang dipendam kerana takut untuk meluahkanya.

Kenapa takut? mungkin kerana seseorang yang didendami itu berbadan tegap, misainya panjang, muka bengis, mata kemerahan, bekas banduan, juvana, anak tok penhulu, kawan awek korang, kawan baik, kawan sejak kecil lagi, bangla(masalah komunikasi yang tidak dapat disampaikan), peninju dunia, ataupun seseorang yang telah meninggalkan dunia.Dendam agak sinonim dengan marah cuma ia tidak diluahkan melalui tumbukan sulung ataupun terajang helang, ia akan diluahkan apabila tiba masa yang sesuai.

Bahayakah dendam ini? dendam seperti api yang merebak membakar apa sahaja yang berada di laluannya kecuali air yang menjadi simbol keimanaan seseorang itu dan teguhnya seseorang itu hanya kerana imanya seteguh lautan yang luas terbentang di muka bumi ini.Tidak hairanlah orang yang suka berdendam ialah orang yang cetek pemikiranya dan tidak berfikir secara terbuka ibarat padi makin berisi makin tunduk , lalang makin lama makin tinggi.

Jangan kita salahkan pendendam sahaja, kita juga perlu melihat perasaan pendendam juga, adakalanya dia berdendam kerana dia dizalimi atau dikhianati dan tidak salah berdendam ataupun mebenci kerana perbuatan itu dikira menzalimi orang lain.Cuba selesaikan masalah dengan berbincang ataupun meluahkan perasaan anda kepada rakan-rakan anda dan minta pendapat mereka serta cuba menyelesaikan secara 1 by 1 tanpa sebarang adegan rambut ditarik.

Cuba memaafkan seseorang dan belajar berdoa Memohon kesejahteraan dalam hidup

No comments:

Post a Comment