Pages

Monday, 11 February 2013

Ketagihan internet

 


Ketagihan aku kepada internet makin lama makin serius dibuatnya sehingga aku ditegur oleh orang disekelilingku dan malu rasanya kerana kadang disindir oleh mereka.

Sebenarnya aku sedar tentang ketagihan aku dan bukan tidak berusaha menghindarnya tetapi sering gagal dalam percubaan.Aku cuba menutup akaun laman sosial aku tetapi diri sendiri mencari alasan untuk membuka ia kembali.

Aduh.. terasa diri seperti menipu diri sendiri dan kali ini aku bertekad aku mencuba sehabis baik untuk menbuang ketagihan aku.Bimbang ketagihan menjadi penyakit yang serius.

Tetapi setiap kali aku membuka komputer aku seperti tidak tahu apa tujuan sebenar aku membukanya ia jadi seperti rutin seharian aku.Jadi kali ini aku cuba bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan aku lagi.Jika difikirkan kembali ia bermula daripada sebuah laman sosial, aku menggunakanyan untuk bermain permainan laman sosial berkenaan dan tiba-tiba aku menjadi ketagih denganya.. mungkin terlalu kemaruk laman sosial agaknya.

Ok berhenti di sini sebelum aku ketagih dengan blog pula.

No comments:

Post a Comment