Pages

Sunday, 10 February 2013

Keliru

Kawan...



Baru-baru ni aku berjumpa dengan kawan lama aku (tak lamalah dalam 2 tahun) serius aku nampak dia banyak berubah.Tak tahulah mungkin aku yang berubah tetapi seperti ada kelainan yang ada apabila aku berkomunikasi dengannya terasa kejanggalan dalam ruang kosong yang tak tercapai akalku untuk memikirkanya.

Entahlah mungkin perasaan aku sahaja.. aku abaikan perasaan aku dan aku terdiam seketika memikirkan silapku dalam menafsir tingkah lakunya atau perilakunya yang janggal dalam pandangan mata aku.


Mungkin aku terlampau bergaul dengan ulat buku di sekolah sehingga aku terlupa sikapku yang terdahulu... ya mungkin itu faktor yang boleh aku kaitkan kerana pemikiran aku bukanlah seperti dahulu dan mungkin aku sudah dapat membezakan antara baik buruk kehidupan lalu menjadikan aku lebih matang dalam memikirkan sebuah keputusan.

Ahhh... siapa juga yang berubah tidak menjadi masalah buatku kerana selagi dia bergelar kawan aku tetap akan menerimanya sebagai kawan baik ku.

No comments:

Post a Comment