Pages

Friday, 8 November 2013

Masih Lagi Menulis

Asalamualaikum..

Fuhh.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah S.W.T..
          
Yup.. aku masih menulis.. walaupun berbulan aku menyendiri sepi tanpa menaip tetapi kali ini aku akan menaip semula.. pelbagai kejadian aneh yang telah berlaku kepada diriku beberapa bulan yang lalu antaranya ialah:-

  • Panik
  • Pening
  • Stres
  • Kacau-bilau
  • lain-lain
Simptom-simptom ini berpunca daripada Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau lebih dikenali dengan PMR. Mungkin brader-brader senior akan kata "Ala senang je... bukan susah pun" atau ayat yang lebih popular "Padan muka ko.. HAHA". Menatang mu.. tapi sememangnya tidak dinafikan lagi PMR juga menjadi tunjuk arah kepada kita. Untuk menceburi bidang-bidang yang kita kehendaki.. Macam aku.. Kalau tanya.. sememangnya kelas sains.. adalah pilihan utama.

Kenapa? nak jadi doktor ke. Bukan la.. tidak semestinya bidang sains hanya khusus menjadi doktor. Bidang sains ni luas. Disebabkan itulah aku memilih bidang sains. Sebenarnya.. minat aku lebih cenderung ke arah pengkomputeran.. boleh dikatakan nerd la ni. Biasala.. budak-budak zaman sekarang.

Alhamdullillah.. semua berjalan lancar.. aku pun telah tamat menjawab dengan leganya.. walaupun timbul rasa kesal kerana beberapa soalan ada ynag cuai.. namun apa kan daya nasi sudah menjadi bubur.. takkan lah aku nak meraih simpati kat ketua pengawas tu. Walau aku merayu sampai berbuih mulut, sawan kat situ pun buat habis air luir je.. dia tetap akan bertegas juga.

Aku ada isi borang ke beberapa sekolah asrama antaranya, Sekolah berasrama penuh, MRSM, Sekolah teknik. Aku harap dapat lah salah satu sekolah yang aku pohon. Jadi kalau sesiapa yang  mentadbir sekolah berkenaan dan sedang membaca post ni. Ehem.. ehem tolongla sikit.. haha.

Sekarang ini aku aktif dengan bermain game, facebook, dan juga aktiviti muat turun. Walaupun sampai lewat malam tetapi tiada lagi sebarang bunyi yang memarahi diriku.. lagi teguran yang menakutkan. Itulah aktiviti harian ku.. boring kan biasalah budak nerd.. nanti kalau kawan-kawan yang tengah baca post ni aku minta maaf jika kasar bahasa aku, kurang ajar, tersepak, tertampar, tertiru, terlanjang, kerana akulah yang paling lemah mohon maaf..

ASALAMUALAIKUM...

HaHa.. okay selamat malam.

No comments:

Post a Comment