suasana boring blog aku |
Blog... aku menjadikanya sebagai aktiviti aku dimasa lapang dan blog inilah yang akan mendengar seribu rintihan dari dalam jiwaku.Mengapa aku memilih menulis blog sebagai aktiviti pada masa yang lapang? dengan blog ini aku dapat muhasabah diri (menilai diri sendiri) seiring memperbaiki diri aku yang mempunyai banyak kelemahan ini.
Blog aku tidaklah sehebat blog orang lain dari segi design yang simple sangat membosankan dan apabila aku menkunjungi blog orang lain fuyoo.. berkelip-kelip bintang walaupun aku tidak tahu kewujudan bintang di dalam blog tersebut, siap ada salji turun dingin ku rasa dapat aku tangkap mood si penulis blog.
Naik cemburu aku di buatnya melihat blog orang lain yang terlampau cantik untuk dibandingkan dengan blog aku yang buruk yang di deko oleh aku sendiri, yang boleh dibaratkan seperti langit dengan bumi.
Biarlah..... janji aku ikhlas dengan benda aku lakukan di blog ini aku tidak minta perhatian pembaca untuk datang memuji,tepuk tangan tanda dia kagum dengan apa yang aku usahakan dalam blog ini cuma.. aku minta orang supaya memahami setiap isi yang aku hendak sampaikan ke pada mereka.Segala yang aku tulis di sini secara jujurnya ada yang aku copypaste dan ada yang aku tulis dengan keyboard aku sendiri sememangnya penulisan aku bukanlah sempurna sangat jika dibawak guru BM aku mesti kena kritikan pedas dari beliau kerana kesalahan aku dalam setiap perkataan kerana aku tulis pun main langgar je hukum BM.
Itulah tahap penulisan aku yang langsung tidak sempurna untuk dibaca jadi jika ada kesilapan di dalam blog ini aku minta secara rasminya tolong tegur aku dengan nada yang lembut ataupun kasar pun boleh janji teguran itu berasas dan teguran untuk membina diriku supaya lebih matang.
Aku cuma berharap dapat berkongsi segala masalah aku di sini dan aku dapat menambah ilmu penulisan aku sendiri lalu mendapat A dalam BM kertas 2.
Itulah antara pengertian blog untuk aku walaupun sedikit lari dari tajuk sebenar tetapi ia tetap aku.
No comments:
Post a Comment