Serius tak ada kaitan |
Seksa bila aku dipaksa mengimbau sejarah lalu yang sering membuatku berpeluh-peluh kerana mahu mengingatinya, tetapi ada kadang kala kita dapat mengingatinya dengan jelas kerana ia adalah peristiwa pahit manis yang telah kita lalui.Sesungguhnya apabila aku mengimbau kembali masa dahulu mulalah tersengih diriku sendiri bagai nak gila dibuatnya.
Peristiwa manis sering dikenang olehku lalu memberi seribu keseronokan dalam jiwa muda ku ini tetapi peristiwa pahit pula telah memberi pedoman yang penting dalam aku menjalani kehidupan seharian dan menjadi nota pendek sebagai peringatan kerana aku tidak mahu mengulanginya kembali.
Apa yang aku cuba ingin sampaikan? baru aku sedar jika sesuatu perkara baik berlaku aku akan bergembira sepuasnya manakala apabila perkara buruk berlaku aku menyalah takdir kerana salah memilih tarikh,masa dan tempat yang sesuai.
Sepatutnya aku bersyukur pada yang maha esa kerana mengajar aku erti kehidupan yang sebenar kerana setiap perkara yang terjadi di muka bumi Allah ini pasti ada sebabnya tidak ia dijadikan dengan sengaja tanpa fungsi dan baik buruknya.
Kenapa aku tiba-tiba sahaja tulis tentang ini entahlah aku sendiri pun tak tahu.Abaikan
No comments:
Post a Comment