Pages

Friday, 19 July 2013

Ramadan sudah mari

Cammana cuti best...

cuti sudah habis bro..
aku nak PMR..

Haha tak bernyawa blog aku ni. Akibat tuan nya yang malas nak mengupdate. Tapi tuan nya masih yang bernyawa cuma mati akal je.

Sekarang bulan yang mulia.. di mana umat islam di wajibkan berpuasa kan. Setakat ni aku berpuasa penuh. Minta-mintalah tahun ni adalah puasa yang lebih baik dari tahun lepas. Asyik tidor jo.. apo kono eh jang.. ekau tido XXXX. 1 minggu lagi sebelum trial PMR aku aduh sakit jantung di buatnya dengan gerak gempur daripada guru-guru lagi. Tekanan kot. Serius antara banyak-banyak tahun, tahun ni la paling kelam-kabut sekali rasa macam laju ja.. aku pun tak sangka aku tengok cermin semakin tua aku ni.

Okay, berkat bulan puasa ni aku nak lah berdoa supaya aku dapat melakukan yang terbaik dalam PMR nanti dan menjadi seorang yang berguna pada suatu hari nanti. Insyallah.. kalau kita nak sesuatu, kena dengan usahanya tak mustahil telor ayam jadi nasi goreng pattaya telur separuh masak.. Sluurpp.. eh aku puasa. Mungkin korang tak tahu orang yang berpuasa macam aku banyak dugaan.

Aku merupakan pelajar daripada sekolah multiracial. Cuba bayang pelajar islam kat sekolah aku macam 40% aje. Time belajar tu takpa lagi time rehat tu.. ingat kantin nak tutup. Sorry la nak tutup mesti bukak punya. Tapi itu aku tak kesah lagi. Cuba bayangkan.. sekarang ni aku duduk kat sekolah aku tengah penat ni dengan mata yang kuyup ..tiba-tiba budak bangsa lain sedap je teguk air depan aku dengan muka selamba beruk je.. boleh tahan ke. hahah...

okay sampai sini aja.. takut orang lain boring ngan aku

SELAMAT BERPUASA jangan tak puasa 

No comments:

Post a Comment